Assalamualaikum
Selamat Sejahtera.....
Ada yg tanya tips bisnes
Dari awal sy mula bisnes tahun 2009-2010 dulu.. konsep bisnes sy SHARING jer.
Share, share, share.
Kongsikan. Bagitau orang lain. Kata sharing is caring?
Niat kita nak bantu orang lain (tentang niat, kuasa niat pun sgt hebat)
Sharing is marketing, marketing is sharing... sharing jerr teknik sy.
Sy takde marketing tools hebat2 pun.
Sy suka ZERO COST MARKETING. Selagi boleh guna yg free.. iye dok..
Nak cerita sikit.
Hujung tahun 2009, sy mulakan blog happy cloth diapering sy. Sampai skg blog tu jadi rujukan ibu bapa yg cari maklumat tentang CD.
Sy study pasal CD siang malam.. masuk blog2 dan web org putih yg ada dkat dunia ni.. blog ibu2 malaysia pun semua sy baca.. banyak entry sy tentang CD.
Blog sy tu ranking 1st page (atas sekali) walaupun sy tak reti ilmu SEO.. taktahu pun. Ramai jumpa blog sy dan hubungi sy. Sampai sy tak menang tangan masa tu.
Mmg sy bukan semata2 nak menjual tp BERKONGSI ILMU dan INFO (moga2 jadi amal jariah sy yg berpanjangan)...sy tak kisah pun orang tak beli dgn sy.. tp rezeki dari Allah tetap tak putus.
Ketika itu sy hanya suri rumah.. tp sy "terpaksa" generate sales yg banyak juga.
Itulah THE POWER OF SHARING and THE POWER OF NIAT.
Dgn Shaklee pun.. konsep sy SHARING jer.
JANGAN FIKIR APA YANG KITA AKAN DAPAT, TAPI FIKIR APA NILAI YG KITA BOLEH BAGI PADA ORANG LAIN.
Sy tak lupa kata2 sifu sy DAO,
Bantu orang lain, selesaikan masalah orang lain, tambah nilai dalam hidup orang lain.. DAN KITA TERPAKSA JADI KAYA.
Itulah yg sy pegang sampai skg.. bantu jer orang lain.
Kerja kita usaha jer.. kerja Allah yg memberi.
Kita buat kerja kita (usaha).. selebihnya serah pd Allah.. bab rezeki jangan amik kerja Allah... semuanya di tangan Allah.
Allah boleh bagi lebih daripada apa yg kita fikirkan.
Kredit Utk Penulis
Catatan pagi
Kaklong Nuzula ❤
Kota Bharu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan