Lokasi : Mini Centre Onexox Kota Bharu (AD Wan Latifah)
Masa : 9.00 Malam
Tarikh : 1 Mac 2016
Q: Kenapa student susah nak tukar kepada Onexox kerana mereka punyai Plan Student
A: Tanya dia berapa dia topup sebulan, dan plan kita lebih baik daripada plan yang sedia ada kerana vaidity kita yang panjang tanpa memaksa user topup, dan kadar panggilan yang rendah
Q: Ramai user yang bertanya xleh pakai mms dengan Onexox
A: Onexox xkan pakai MMS kerana market MMS semakin drop dan akan tidak digunakan tidak lama lagi
Q: Ramai user yang berminat dengan postpaid DIGI sebab murah
A: Cuba tunjukkan kepada mereka kadar rate sebenar postpaid, dan xperlu pon nak keluar rumah nak topup sebab boleh dibeli secara online dan xperlu nak beratur di
center2 telco sebab nak bayar bil. Kebanyakan pakai postpaid sebab mereka rasakan taraf yang lebih tinggi. Onexox akan keluarkan postpaid dalam masa terdekat tetapi dalam proses kajian agar tidak membebankan pengguna
Q: Internet laju cepat habis
A: Masalah device, kerana system yang berfungsi kepada sesetengah device akan menggunakan data tanpa notification. Dan daripada penggunaan pengguna sendiri yang mana dahulu data tidak kuat kerana tontonan youtube pada kadar resolusi yang rendah dan akan menggunakan resolusi yang tinggi apabila menggunakan High Internet Speed Onexox
Q: Data tidak habis boleh carry forward
A: Buat masa ini Onexox tidak ada menyediakan platform carry forward data kerana kita menanggung kos yang rendah pada harga data kerana Onexox menjual harga data bawah daripada harga kos.
Q: Projek dengan bank islam
A: Masih dalam proses supaya lepas ni bila urusan dengan Onexox melalui Bank Islam tidak akan dicas
Q: Ada user complaint xboleh guna I-Tap Bank Islam
A: I-Tap Bank Islam lebih kepada MNO dan tidak boleh digunakan kepada MVNO dan dengan Bank Islam kita akan berikan system yang lebih baik daripada I-Tap
Q: Boleh x share sms free dengan pengguna lain
A: Buat masa ini tidak boleh lagi tapi mungkin di masa hadapan, akan dimasukkan dalam wishlist dan akan difikirkan kelebihan dan kebaikan
Q: User beli simkad gunakan sebagai broadband sahaja tetapi rumit setiap kali nak beli data kena keluarkan simkad beli data baru
A: Gunakan selfcare
Q: Boleh tidak LYT ditebus untuk penggunaan data
A: LYT ni pada masa hadapan akan ada anjakan paradigma untuk tebus kepada perkara-perkara lain
Q: Boleh tidak dimasukkan insurans dalam pakej dealer2
A: Tidak akan dimasukkan kerana insurans ni banyak menganiaya pengguna
Q: Boleh tidak pindahkan user dealer lain ke bawah hierarki sendiri kerana dia berminat menjadi dealer tetapi tidak dibagitahu oleh dealer asal beliau
A: Tidak boleh
Rabu, 9 Mac 2016
Sesi Soal Jawab Bersama Tuan Arie Sham CEO Onexox
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan