Rabu, 23 Mac 2016

INFO INTERNET 4G LTE

APAKAH INTERNET 4G LTE???

1.Apakah 4G LTE? 
Evolusi Jangka Panjang (Long Term Evolution) atau LTE adalah teknologi tanpa wayar yang membolehkan pengguna menikmati data jalur lebar berkelajuan tinggi. 4G adalah komunikasi berpiawai dalam Teknologi Rangkaian Mudah Alih dan merupakan “Generasi keempat” – yang terbaru selepas 2G dan 3G. Dengan kelajuan 4G LTE, pengguna dapat merasai perbezaan yang ketara semasa memuat turun fail, membuat panggilan video, bermain permainan secara berkumpulan atau semasa menonton video HD dalam talian.

2.Apakah perbezaan diantara GPRS, EDGE, 3G dan 4G?
GPRS: Merujuk kepada perkhidmatan rangkaian 2G yang menyediakan data asas sehingga 56 kbps (menyamai kelajuan “dial-up”)

EDGE: Merupakan teknologi 2.5G, suatu penambahbaikan daripada teknologi 2G serta menyediakan kadar pemindahan data yang lebih tinggi berbanding GPRS. Kelajuan EDGE boleh mencapai sehingga 144 Kbps3G: 

Teknologi 3G menyediakan kadar pemindahan data yang lebih tinggi dan lebih laju berbanding rangkaian 2G (EDGE & GPRS). Teknologi ini secara teorinya mampu mencapai kelajuan sehingga 10 Mbps4G: Teknologi ini berpandukan pada platform LTE dan merupakan teknologi terbaru dalam dunia pemindahan data mudah alih. 

4G merupakan generasi seterusnya dalam komunikasi mudah alih dan merupakan teknologi paling maju pada masa kini. Secara teorinya, kelajuan pautan muat turun data melalui 4G adalah antara 10 sehingga 50 Mbps

3.Apakah kelajuan biasa LTE? 
Secara teorinya, kelajuan 4G LTE adalah 10 kali lebih pantas daripada 3G. Muat turun data dalam persekitaran biasa boleh mencapai antara 10 Mbps sehingga 20 Mbps dan boleh mencapai 5 Mbps sehingga 10 Mbps untuk memuat naik data. Tahap kelajuan data mungkin berbeza-beza mengikut pengguna serta bergantung kepada peranti yang digunakan, batasan perkakasan dan perisian, lokasi, trafik, sumber laman web atau kandungan-kandungan lain.

Nak simkad ONEXOX 4G...

WASSAP 0105136351

Rabu, 16 Mac 2016

KEMPEN 1000,000 USER

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

.
Berkuatkuasa serta merta, PENGEDAR yang mendaftarkan PENGGUNA yang ke - 1000,000 akan mendapat ganjaran tunai sebanyak RM5000,00 !!!
.
Bagi PENGGUNA ke - 10000,000 tersebut, IPHONE 6S PLUS beserta kredit topup RM500,00 menanti anda !!!
.
Terma & Syarat
-------------------------
- Pelanggan ke - 1000,000 beserta topup minima RM10
- Terbuka kepada semua kategori (SP & MNP)
- Terbuka kepada semua pengedar sah ONEXOX
- Pendaftaran wajib mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh SKMM
.
READY??? GET SET ! ! !  GO ! ! ! 
.
#ONEXOXEMPIRE
#ONEXOXTANJUNGMALIM
0105136351

Rabu, 9 Mac 2016

Sesi Soal Jawab Bersama Tuan Arie Sham CEO Onexox


Lokasi : Mini Centre Onexox Kota Bharu (AD Wan Latifah)
Masa : 9.00 Malam
Tarikh : 1 Mac 2016

Q: Kenapa student susah nak tukar kepada Onexox kerana mereka punyai Plan Student
A: Tanya dia berapa dia topup sebulan, dan plan kita lebih baik daripada plan yang sedia ada kerana vaidity kita yang panjang tanpa memaksa user topup, dan kadar panggilan yang rendah

Q: Ramai user yang bertanya xleh pakai mms dengan Onexox
A: Onexox xkan pakai MMS kerana market MMS semakin drop dan akan tidak digunakan tidak lama lagi

Q: Ramai user yang berminat dengan postpaid DIGI sebab murah
A: Cuba tunjukkan kepada mereka kadar rate sebenar postpaid, dan xperlu pon nak keluar rumah nak topup sebab boleh dibeli secara online dan xperlu nak beratur di
center2 telco sebab nak bayar bil. Kebanyakan pakai postpaid sebab mereka rasakan taraf yang lebih tinggi. Onexox akan keluarkan postpaid dalam masa terdekat tetapi dalam proses kajian agar tidak membebankan pengguna

Q: Internet laju cepat habis
A: Masalah device, kerana system yang berfungsi kepada sesetengah device akan menggunakan data tanpa notification. Dan daripada penggunaan pengguna sendiri yang mana dahulu data tidak kuat kerana tontonan youtube pada kadar resolusi yang rendah dan akan menggunakan resolusi yang tinggi apabila menggunakan High Internet Speed Onexox

Q: Data tidak habis boleh carry forward
A: Buat masa ini Onexox tidak ada menyediakan platform carry forward data kerana kita menanggung kos yang rendah pada harga data kerana Onexox menjual harga data bawah daripada harga kos.

Q: Projek dengan bank islam
A: Masih dalam proses supaya lepas ni bila urusan dengan Onexox melalui Bank Islam tidak akan dicas

Q: Ada user complaint xboleh guna I-Tap Bank Islam
A: I-Tap Bank Islam lebih kepada MNO dan tidak boleh digunakan kepada MVNO dan dengan Bank Islam kita akan berikan system yang lebih baik daripada I-Tap

Q: Boleh x share sms free dengan pengguna lain
A: Buat masa ini tidak boleh lagi tapi mungkin di masa hadapan, akan dimasukkan dalam wishlist dan akan difikirkan kelebihan dan kebaikan

Q: User beli simkad gunakan sebagai broadband sahaja tetapi rumit setiap kali nak beli data kena keluarkan simkad beli data baru
A: Gunakan selfcare

Q: Boleh tidak LYT ditebus untuk penggunaan data
A: LYT ni pada masa hadapan akan ada anjakan paradigma untuk tebus kepada perkara-perkara lain

Q: Boleh tidak dimasukkan insurans dalam pakej dealer2
A: Tidak akan dimasukkan kerana insurans ni banyak menganiaya pengguna

Q: Boleh tidak pindahkan user dealer lain ke bawah hierarki sendiri kerana dia berminat menjadi dealer tetapi tidak dibagitahu oleh dealer asal beliau
A: Tidak boleh

Selasa, 8 Mac 2016

PENJELASAN Akaun DA & MA

Di petik drpd komen CEO...

Kenapa perlu ada MA ..

MA rate sekarang ialah 24 sen seminit ..iaitu 12 sen setiap blok 30 saat ...

Ini ialah rate sebenar ONEXOX ..

Rate ini adalah antara yg termurah dipasaean berbanding telco lain ..

x.xxxx16 sen per block ...
xxxxxx 33 sen per block ..
xxxx kalau tak silap sekitar 22 sen per block
xxxxx 12 sen per block tetapi mereka mempunyai validity yg memaksa ..

Onexox mempunyai RATE DA iaitu rate yg termurah dipasaran .. dan disebabkan rate yg murah ianya perlu mempunyai pelanggan yg ramai utk mengimbangi keuntungan ..

Malah ia memerlukan ARPU iaitu average revenue per user yg tinggi utk kekal kompetitif ..

Utk pengetahuan rate MA sebelum ini adalah 32 sen iaitu 16 sen per block yg kini telah diturunkan sejajar dgn penambahan bilangan pelanggan ...

Harap dpt membantu....

Ahad, 6 Mac 2016

Worker VS Networker


��Worker -
Gaji ditentukan berdasarkan ilmu..
Sijil < Diploma < Degree < Master < PhD
Makin tinggi ilmunya, makin tinggi incomenya, dan makin botak kepala serta bertambah serabut fikirannya.. sekiranya jatuh sakit maka tiadalah income..

��Networker -
Pada awalnya alami zaman kepayahan membina network, berpeluh2 keluar sana sini..
Pengakhirannya goyang kaki di rumah layan isteri & anak2.. yang paling best ketika sakit (na'uzubillah) pun duit tetap terpaksa masuk..
Nota ringkas:

��Worker tidak mampu membeli masa kerana makin besar income, makin busylah anda dengan dunia anda..

��Networker mampu membeli masa, usaha kuat pada awalnya sudah terbayar utk freedom pada masa hadapan..

Jangan sentap, ianya fakta.. pilihan di tangan kita, rezeki masing2 sudah ditetapkan..just fokus on what u r doing right now.. bekerjalah dengan hati yang penuh ikhlas.. jangan rasa malas2 utk bangun pagi dan redah jalan jem setiap pagi dan petang..sebab ITU pilihan anda..

Sabtu, 5 Mac 2016

DALAM PERNIAGAAN MINAT AMAT PENTING

Nak berjaya perlulah ada MINAT kan?

Tapi.. macam mana??

Berikut ada 4 sikap yang anda harus ada ��

1) Motivasi diri
Motivasi memang merupakan suatu hal yang sangat penting, tanpa adanya sebuah motivasi dalam melakukan sebuah pekerjaan boleh jadi pekerjaan tersebut tidak akan berjalan lancar.

2) Berusaha
Ciri orang berjaya tidak kenal erti penat dan tidak pernah mengaku kalah, mereka akan berusaha lagi dan usaha lagi sehingga mencapai.

3) Tidak berputus asa
Walau segoyah mana pun perniagaan anda, jangan mudah putus asa, tanamkan impian dan bulatkan tekad untuk terus berusaha mencapai impian anda.

4) Bangkit jika gagal
Anda harus belajar dari kegagalan kerana kegagalan yang membangkitkan semangat, dan kegagalan juga boleh membuat anda menjadi lebih matang dan berhati-hati melakukan sesuatu perkara.

Minat kadang2 perlu juga dipupuk. Mentor saya selalu pesan...

LOVE WHAT YOU DO,
UNTIL YOU DO WHAT YOU LOVE ��

Boleh boleh?

Oh ya....Pastikan kita dah ada matlamat yang jelas untuk tahun 2016 ni

Rabu, 2 Mac 2016

Promosi Terkini Berakhir 31.5.2016

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

## 2 TAHUN 4 BULAN = RM10 ##

Sukacita dimaklumkan, semua nombor Starter Pack(SP) yang didaftarkan bermula 01 MAC 2016 layak mendapat tempoh sah 28 Bulan dengan hanya membuat topup RM10 SAHAJA.
Promosi ini akan berjalan selama 3 Bulan bermula esok. Terma & syarat seperti yang di bawah.

- Topup RM10 dalam satu(1) transaksi.
- Topup RM10 dalam masa 24 jam selepas panggilan pertama berjawab (Activation Call) dibuat.
- Tempoh sah 28 bulan akan diaktifkan dalam masa 14 hari selepas topup RM10 dibuat.

Bagaimanapun, mekanisma topup RM50 masih berjalan seperti biasa. Sekiranya ada user SP yang terlepas tempoh topup promosi 24 jam(RM10), user tersebut masih layak mendapat tempoh sah 28 bulan dengan membuat topup RM50.

Semoga maklumat terbaharu ini dapat disebarkan seluas-luasnya kepada semua pengedar & pengguna ONEXOX serata tanah air. Sekian. Terima kasih, Terima kasih, Terima kasih !!!
#outthereweareone
#otwao
#onexoxtanjungmalim

0105136351